Wednesday, September 23, 2009

Aidilfitri 2009



Aidilfitri 2009 menjelma... Saat yang ditunggu2 menjelma dah rayer kali nie lebih bermakna dengan kehadiran Najwa Insyirah yang lahir sebulan sebelum raya...


Sebelum bermaaf-maafan di pagi raya selepas sembahyang sunat raya.

Gambor bersama2 keluarga mentuaku...



Thursday, August 13, 2009

Kelahiran Najwa Insyirah



Akhirnya bayi yang di tunggu2 selama ini selamat dilahirkan tepat pada jam 9.23 am di Hospital Penawar, Pasir Gudang, Johor... Bayi yang seberat 3.45kg telah diberi nama Najwa Insyirah. Nama yang dipilih hasil combinasi idea aku dan wife aku. Najwa sempena dengan nama kakaknya Najla dan Insyirah bersempena dengan surah Insyirah...

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum kelahiran Najwa, kami berjumpa dengan Dr. Suhaimi dan ultrasound scan dijalankan secara 3D. Di situ telah terang menunjukkan kami bakal menerima kelahiran bayi lelaki namun pada hari kelahiran Najwa, aku dan mak mentua aku menyaksikan kebesaran Allah S.W.T yang mana secanggih mana teknologi manusia hebat lagi anugerah tuhan... Aku redha kerana anak lelaki atau perempuan aku terima... Yang pentingnya anak dan ibunya sihat...




Saturday, July 04, 2009

Assalamualaikum sumer...

Dah lamer aku tak mengarang dapat blog nie... Last skali aku post kat cni tahun lepas bulan 2 dan lah nie dah bulan July 2009... Kijer seharian membuatkan aku lupa akan blog aku nie... Anakpun dah nak masuk 2 dan insya allah bulan 8 nie anak kedua aku akan dilahirkan... Aku masih dok tertanya2... laki2 ker pompuan... Hanya allah sajer yang tau.

Kerja - dah lamer aku tinggalkan dan skang aku selesa di tempat baru... Economic crisis yang melanda dunia skang nie membuatkan maner2 company di dunia skang nie banyak yang gulung tikar... FMC Technologies (Malaysia opeation) - masih kekal sebagai hub untuk subsea system plant untuk APME (Asia Pasific Middle East)... Aku tetap begitu jua... Mereka masih memerlukan bukan setakat di Nusajaya malahan di Labuan, Miri, Kemaman dan Kuala Lumpur...

Akhir bulan 7 nie aku dok menanti decision dari management... dengar kata still ader kenaikan gaji dan insya allah 31 Julai nie dapatla merasa gaji baru... Rezeki anak bini kot...

Saturday, February 02, 2008

Company Notebook Crash

Ari nie genap 4 ari aku kehilangan data di sebabkan notebook aku nie crash. Dah pelbagai usaha aku cuba usahakan untuk dapatkan balik data aku tapi sumernyer gagal. Maka bermulalah kembali khidmat aku di FMC dari 0. System yang aku dah siapkan kena buat balik... Claim aku masa pi Labuan ari tuh nasib baik dah anto... So kena buat balik document2 yang lain.

Aper nak buat... kenalah buat balik...

Friday, September 07, 2007

Suasana Baru Di Tempat Baru

Dah 3 bulan aku tak update blog nie. Tetiba lak terasa nak update nak blog yang dah lama aku tinggalkan sejak aku meninggalkan EPSON.

Buat pengetahuan semua yang masih belum mengetahuinya bahawa aku telah pun menamatkan perkhidmatan aku di EPSON dan kini aku berada di FMC Wellhead Equipment Sdn Bhd atau dengan nama komersialnya FMC Technologies.

So far kalo berpindah tempat kijer tak lain tak bukan mestilah pasal gaji and package yang di tawarkan aku rasa setakat nie, inilah yang terbaik. Lagi pulak setakat nie hanya 3 orang staff untuk cover 1 Malaysia.

Berciter lak pasal travel, aku dah merasa ke Labuan, Miri, Kemaman dan juga sekitar Lembah Klang. Memula tuh memangla best tapi masuk minggu ke2 aku dah mula rasa bosan. Anak bini kena tinggal dan aku lak...

Sesaper nak contact aku still boleh guna no h/p yang sama tapi email dah leh guna mohdhafiz.hassan@fmcti.com.

Saturday, May 12, 2007

Saat Terakhir Di EPSON

Hari terakhir di EPSON dan aku ingin mengabadikan kenangan di EPSONHari terakhir aku di EPSON dan diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua ucapan perpisahan dan terima kasih...
Ucapan daripada Local Manager aku.Nie ucapan daripada Leader aku (saat nie la aku rasa sebak sangat sebab Leader aku menitiskan airmata)Terima hadiah dari PPNC (Delivery) dan disampaikan oleh local manager.Terima hadiah lagi dari ex-PMIS dan disampaikan oleh Japanese Manager (Ogura Shiro)Sesi bergambar. Nie adalah member² ISD (Information System Department)Rerakan dari ex-PMISKengkawan rapat dari PPNC DepartmentRakan seperjuangan (Saleng)

Kepada rakan² di EPSON, teruskan usaha di sana dan semoga success dalam apa jua bidang yang diceburi.






Saturday, May 05, 2007

Tamat Perkhidmatan di EPSON


5 tahun 1 bulan dan 8 hari adalah genap tempoh perkhidmatan aku di EPSON. Berat rasa hati nak meninggalkan EPSON tapi disebabkan faktor ekonomi dan juga lain² faktor memaksa aku untuk berhijrah. Berbulan² lamanya aku memikirkan untuk membuat keputusan seberat ini dan akhirnya aku pasrah dan menerimanya sebagai satu azimat dan rezeki yang telah diberikan kepada aku.

Kawan² aku pun ramai yang dah berhijrah. Biler ditanya ke mana ? Rata² akan berkata ke PTP... Semuanya menghala ke sana. Tapi aku tidak, masih berdekatan dengan PTP tapi tidak di PTP. Alhamdulillah rezeki anak bini aku. Berkat doa mereka beserta doa ayah dan mak aku termasuk mentua aku aku berjaya.

08 May 2007, hari terakhir di EPSON dan 14 May 2007 aku akan menaburkan khidmat aku di FMC Technology. Untuk lebih lanjut korang leh pi ker http://www.fmctechnologies.com/. Bertugas sebagai IT Administrator, based di Bandar Nusa Jaya dan akan bertugas di seluruh cawangan di Malaysia termasuk di Miri, Labuan, Ganu & KL. Fuhhh.... Melancong sambil bekerja ler gamaknya...

Untuk kengkawan suma sila gunakan external email aku iaitu faiedz@time.net.my @ jhs3046@gmail.com. Biler dah report duty tempat baru nanti aku email address yang baru...